LATEST
National

Impian Speedy Tigress ke final lebur

Impian Speedy Tigress ke final lebur

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara gagal melangkah ke pentas final Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2026 selepas tewas 2-6 kepada India pada aksi separuh akhir di Bhopal, India, hari ini.

Baca juga: Malaysia berpotensi jadi negara contoh umat Islam

Pada aksi di Stadium Hoki Kompleks Sukan Antarabangsa Nathu Barkheda itu, India membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi pukulan sudut penalti Muntaz Kham sebelum Navneet Kaur menggandakan kelebihan menerusi gol padang pada minit ke-18.

Deepika kemudian melebarkan jurang buat India menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-25, sebelum Nur Afiqah Syahzani Azhar merapatkan kedudukan buat Malaysia dua minit kemudian, juga menerusi pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun, Deepika sekali lagi menghukum pertahanan negara apabila meledak gol keduanya pada minit ke-30 untuk meletakkan India selesa di depan.

Sunelita Toppo menambah jaringan kelima India pada minit ke-33 bagi memastikan tuan rumah terus mengukuhkan kedudukan.Malaysia cuba bangkit pada suku terakhir apabila Nuramirah Shakirah Zulkifli menjaringkan gol padang pada minit ke-52, namun Ishika memastikan kemenangan India menerusi gol pukulan sudut penalti pada minit ke-57.

Skuad negara kini perlu mengalihkan perhatian kepada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat bertemu Jepun esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news