Kes kenyataan 3R Tony Pua: Polis rujuk pandangan pakar akademik

Kes kenyataan 3R Tony Pua: Polis rujuk pandangan pakar akademik

Polis akan mendapatkan pandangan pakar akademik berkaitan Perlembagaan Persekutuan bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran media sosial oleh bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang didakwa berkaitan Rukun Negara.

120 laporan polis diterima

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar menyatakan sebanyak 120 laporan polis telah diterima manakala 95 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kita juga sudah merakam percakapan Tony Pua selepas menerima laporan polis. Daripada percakapan-percakapan ini, kita akan merujuk kertas siasatan ini kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Sebelum itu kita juga akan merakamkan percakapan daripada pakar akamedik daripada sudut Perlembagaan Persekutuan untuk kita mendapatkan pandangan daripada sudut akademik mengenai Perlembagaan Persekutuan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia (Maszureen Hadzman)

Scroll to Top