“Saya Tak Dapat Pun RM200,000, Tapi Dapat Malu, Anak-Anak Dicaci” 

“Saya Tak Dapat Pun RM200,000, Tapi Dapat Malu, Anak-Anak Dicaci” 

Pelakon Norish Karman meluahkan rasa kesal susulan timbul dakwaan dia menerima bayaran sehingga RM200,000 menerusi sesi siaran langsung.

Menerusi Mingguan Wanita, Norish berkata tuduhan berkenaan mengundang kecaman terhadapnya dan anak-anak turut menerima termpias sehingga dicaci.

BACA: “Saya Hanya Berangan” – Norish Karman Jelaskan Isu Nak Beli MPV Jika Diberikan RM200,000

“Saya tak dapat pun RM200,000 tu tapi dapat malu. Bukan saja saya, anak-anak turut dicaci. Nak dapat RM200,000 sekurangnya kena jualan cecah sejuta. Tapi kami beberapa jam saja.

“Kami datang bekerja dan dibayar. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik buat anak-anak termasuk kenderaan yang baik untuk kemudahan mereka termasuk pergi berniaga.

“Belum rezeki mereka lagi tapi saya sentiasa ingatkan anak-anak percaya pada takdir Allah dan kita cuma perlu berusaha,” katanya.

Semenara itu, Norish berkata dia masih menggunakan kereta lama yang kini berbunyi-bunyi serta bermasalah namun dia tidak malu memandu kereta tersebut.

“Kami tidak ada kereta mahal. Kereta saya kalau bawa memang bunyi macam-macam. Tapi saya okey, saya tidak malu. Kerana saya masih Norish Karman. Keluar kereta saya masih Norish Karman, masuk kereta saya masih Norish Karman,” katanya.

Terdahulu, Norish berkata dia hanya berangan seandainya mempunyai wang sebanyak itu dimana dia mahu belikan kereta selesa untuk anak-anak.

Sumber: Mingguan Wanita


Scroll to Top