“Datuk Fazley Tolonglah, Saya Okay Datuk Kahwin Dengan Mama” – Cik B

“Datuk Fazley Tolonglah, Saya Okay Datuk Kahwin Dengan Mama” – Cik B

Penyanyi dan pempengaruh Cik B berkata dia restu seandai ibunya, Datuk Seri Vida mempunyai hubungan istimewa dengan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Memetik HibGlam, Cik B berkata dia yakin Fazley mampu menjadi bapa yang terbaik buat serta memuji anak-anak penyanyi itu baik-baik semuanya.

BACA: “Mak Saya Chinese Look, Boleh Cakap Cina” – Cik B ‘Kenenkan’ Fazley Yaakob Dengan DSV

“Datuk Fazley, tolonglah. Saya okey saja Datuk kahwin dengan mama saya. Bayangkan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam tentu sedap sebab dia kan cef nombor satu Malaysia. Lagi satu dida (panggilan Fazley) pun kacak.

“Anak-anak dida pula baik. Jadi saya rasa kalau dida jadi ayah saya, it’s a perfect match (pasangan yang sangat sepadan),” katanya.

Sementara itu Cik B mendedahkan dia melihat ibunya tersenyum-senyum melihat video usikannya ketika Fazley memberikan hadiah sempena hari jadinya.

“Saya tak ada cakap dekat mama tapi ada satu rahsia. Masa saya tengah tidur, saya nampak mama tengok video yang saya kongsi dalam Instagram itu sambil senyum-senyum,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B turut berkongsikan Fazley sanggup ke Ipoh baru-baru ini untuk bertemu dengan ibunya.

“Saya tengok Dida datang Ipoh jumpa mak saya. Jauh-jauh dari KL datang Ipoh, jadi saya rasa mesti ada sesuatu yang sedang berlaku. Tapi saya tak buka mesej mak saya dengan Dida,” katanya.

Sumber: HibGlam


Scroll to Top