Ketua sayap bersenjata Hamas terkorban dalam serangan Israel di Gaza

Ketua sayap bersenjata Hamas terkorban dalam serangan Israel di Gaza
Ketua sayap bersenjata Hamas terkorban dalam serangan Israel di Gaza

Hamas mengumumkan pembunuhan Mohammed Awda, seorang tokoh kanan dalam sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam susulan serangan Israel di Kota Gaza.
– Foto: Anadolu

BANDARAYA GAZA – Sayap bersenjata Hamas Briged Al-Qassam pada Rabu mengumumkan bahawa ketuanya, Mohammed Awda terkorban dalam serangan Israel di Bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Briged Al-Qassam memaklumkan Awda maut pada Selasa bersama isteri serta dua anak lelakinya dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman.

Sayap bersenjata itu turut memaklumkan bahawa Awda dilantik sebagai ketua turus Briged Al-Qassam menggantikan Izz al-Din al-Haddad.

Hamas dalam kenyataan terdahulu menyifatkan Awda sebagai “komander kanan Qassam” dan menyatakan beliau merupakan antara generasi terawal yang meletakkan asas kepada operasi penentangan bersenjata Hamas. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top