TNB perkasa impian miliki rumah, bantu golongan memerlukan miliki kediaman lebih selesa

TNB perkasa impian miliki rumah, bantu golongan memerlukan miliki kediaman lebih selesa

KUALA LUMPUR – Syarikat utiliti elektrik terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan komitmennya memperkasa kesejahteraan rakyat melalui ‘Better Brighter Home’ @ Projek Baiti Jannati dan Program Mesra Rakyat dengan kerjasama strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Melalui inisiatif itu, seramai 20 penerima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima bantuan pemilikan atau baik pulih rumah di mana 15 daripadanya, golongan golongan asnaf fakir dan miskin menikmati manfaat Projek Baiti Jannati (PBJ) manakala lima lagi iaitu komuniti bukan Islam yang memperoleh Program Mesra Rakyat (PMR).

Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid berkata, kediaman selesa bukan sekadar struktur fizikal, tetapi juga asas kepada kesejahteraan sesebuah keluarga yang mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan.

“Kediaman yang selamat dan selesa adalah teras kepada kestabilan sesebuah keluarga.

“Kesannya melangkaui aspek fizikal kerana ia menyumbang kepada kesejahteraan emosi, keyakinan diri serta memberi asas yang kukuh terhadap pendidikan anak-anak dan mobiliti sosial keluarga.

“Justeru, inisiatif sebegini memperlihatkan bagaimana TNB, DBKL, MAIWP serta agensi kerajaan lain berganding bahu dalam satu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat. Pendekatan kolaboratif ini bukan sahaja memantapkan penyampaian bantuan, malah memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara lebih bersasar, bersepadu dan memberi impak mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Sumbangan ‘Better Brighter Home’ @ Projek Baiti Jannati Wilayah Persekutuan dan Program Mesra Rakyat 2025, bertempat di Dewan Serbaguna PA Desa Rejang, di sini pada 23 April lalu.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Ts Shamsul Ahmad serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud.

Program bantu tingkat taraf kehidupan

‘Better Brighter Home’ merupakan antara program ‘flagship’ Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB yang diperkenalkan sejak 2007 bagi membantu golongan memerlukan termasuk asnaf, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) memiliki kediaman lebih selesa.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, inisiatif itu turut membuka peluang kepada penyewa sedia ada di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dalam kategori miskin untuk memiliki kediaman sendiri, sekali gus membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka secara lebih mampan.

Sejak 2013, pembinaan dan pembelian rumah bagi golongan asnaf dibiayai sepenuhnya melalui zakat perniagaan TNB yang dikembalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), manakala skop pelaksanaannya diperluaskan pada 2016 kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah pentadbiran DBKL.

Setakat 2025, TNB menyediakan 997 unit rumah PBJ di seluruh negara melebihi RM69 juta, manakala 248 keluarga menerima manfaat di bawah Program Mesra Rakyat melibatkan peruntukan RM8.35 juta.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja, kerjasama antara TNB dan DBKL sejak 2016 menyumbang sebanyak 161 unit rumah di bawah PBJ serta PMR dengan jumlah keseluruhan bernilai RM8.19 juta.

Pemilihan penerima secara bersasar

PBJ dan PMR dilaksanakan menerusi pendekatan yang tersusun serta menyeluruh, malah pemilihan penerima dibuat berdasarkan tapisan berperingkat.

Maklumat awal calon diperolehi daripada data eKasih yang memfokuskan golongan miskin tegar.

Bagi penerima asnaf, bantuan disalurkan menggunakan dana wakalah zakat TNB untuk membina, membaik pulih atau membiayai pembelian rumah manakala Program Mesra Rakyat membantu penerima bukan Islam melalui dana CSR TNB bernilai sehingga RM50,000/ penerima.

Bantuan ringankan beban keluarga

Hannah Yeoh (dua dari kanan) bersama Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (tengah), menyampaikan replika kunci kepada penerima Projek Baiti Jannati (PBJ), Normalah Ahmad (paling kanan) dan Anita Ab Majid (paling kiri), pada Majlis Penyerahan Sumbangan Better Brighter Home @ Projek Baiti Jannati (PBJ) Wilayah Persekutuan dan Program Mesra Rakyat (PMR) Tahun 2025 di Dewan Serbaguna PA Desa Rejang, Kuala Lumpur pada 23 April 2026. Turut hadir Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad (dua dari kiri) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud (tiga dari kiri).

Menyingkap perkongsian penerima bantuan di bawah inisiatif tersebut, Anita Ab Majid, 55, menyifatkannya sebagai amat bermakna dalam membantu mengurangkan beban kehidupan keluarga, khususnya apabila perlu menjaga suami yang mengalami demensia selepas terlibat kemalangan.

Menurut Anita, keluarganya yang menetap di PPR sejak 2002 tinggal bersama anak-anak, dengan seramai enam orang isi rumah.

Suaminya yang juga penerima Projek Baiti Jannati berusia 62 tahun sebelum ini cuma bekerja sebagai penjaga parkir, namun sekarang memerlukan penjagaan susulan berikutan keadaan kesihatannya.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan ini. Kami sudah tinggal di PPR ini lebih dua dekad bersama anak-anak.

“Dengan keadaan suami yang memerlukan penjagaan, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga serta membantu kami membeli keperluan harian. Saya sangat gembira,” katanya.

Projek Baiti Jannati (PBJ) dan Program Mesra Rakyat (PMR) TNB menerusi kerjasama strategik bersama DBKL dan MAIWP disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, bersama Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (tengah), Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud (dua dari kiri) dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad (paling kiri), di Dewan Serbaguna PA Desa Rejang, Kuala Lumpur pada 23 April 2026.

Seorang lagi penerima bantuan, Mohd Nor Umar, 77, berkata, bantuan diberikan TNB disifatkan tepat pada masa memandangkan dia bersama empat lagi ahli keluarga di PPR Kampung Batu Muda itu selama ini tinggal di kediaman yang usang untuk tempoh cukup lama.

Menurutnya, rumah yang didiami puluhan tahun itu juga semakin berseri kerana segala peralatan rosak dibaik pulih dan ditukar kepada baharu.

“Sekitar dua atau tiga minggu lepas rumah kami dibaik pulih. Segala lampu, pintu bilik air dan ruang tidur ditukar kepada baharu. Alhamdulillah, perasaan yang tak dapat digambarkan sebab kalau ikutkan kami tak mampu untuk baiki kesemuanya.

“Saya cuma bekas pemandu dan menghidap masalah jantung, isteri pula dah dua tahun tak boleh berjalan dan hanya seorang sahaja anak yang mencari nafkah untuk keluarga ini.

“Jadi, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada TNB kerana buatkan rumah kami jadi lebih selesa,” jelasnya.

Scroll to Top