Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi berkongsikan kisah penghijrahannya meninggalkan tabiat merokok satu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian di Threads, Aznil mengakui dirinya 21 tahun yang lalu seorang perokok tegar namun berjaya meninggalkan tabiat berkenaan.
BACA: Aznil Nawawi Berjaya Kutip RM137,000, Bantu Kos Rawatan Anak Amyza Aznan

“Hari ini adalah hari melontar di Mina. Simboliknya, melontar perangai buruk dalam diri kita yang kita nak lontar jauh.
“Kongsikan perangai buruk korang. Me: Merokok. Ya, Paknil dulu perokok tegar. Dah lontar jauh 21 tahun yang lalu,” tulisnya.

Turut menjadi perhatian apabila ada yang bertanyakan bagaimana Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil tetap istiqamah tanpa merokok semula. Aznil menjawab wajah anak-anak menjadi kekuatan untuk terus menjauhi rokok.
“Pandang muka anak. Bersedia ke mereka untuk hilang papa dia sebab sakit paru-paru?” katanya.




