'Inilah yang amat diperlukan di Kelantan kita' – Annuar Musa

'Inilah yang amat diperlukan di Kelantan kita' – Annuar Musa

BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyambut baik langkah bekas pemain Kelantan, Ex-Treble yang berhasrat mengambil alih pegangan majoriti kelab Kelantan Wan Tendong Stable FC (Kelantan WTS FC).Beliau menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang tepat dan turut menyatakan kesediaan syarikatnya, Alhamra Group untuk melabur dalam pembangunan akademi bola sepak profesional di negeri berkenaan.”Saya tertarik dan berminat dengan kenyataan hasrat mewujudkan akademi bola sepak yang baik dan profesional di Kelantan.”Insya-ALLAH, Alhamra Group sedia melabur di bidang ini dan inilah yang amat diperlukan di Kelantan kita,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.Terdahulu, kumpulan Ex-Treble Kelantan mengumumkan hasrat untuk membeli sebanyak 80 peratus saham Kelantan WTS FC sekali gus bakal menjadi peneraju utama kelab itu.Mengulas lanjut mengenai perkembangan tersebut, Annuar menjelaskan bahawa keputusan memiliki pasukan semi-pro berkenaan adalah langkah yang sangat positif memandangkan ramai dalam kalangan bekas pemain kini mempunyai lesen kejurulatihan A dan B selain aktif dalam bidang perniagaan.”Tindakan mereka untuk memiliki sebuah pasukan semi-pro adalah tepat. Lebih-lebih lagi pasukan sudah layak ke Liga Pro musim depan.”Memperkasa pasukan WTS di saingan A1 ke satu tahap baharu bakal mencetus fenomena dengan syarat pasukan A1 Kelantan musim 2026/27 mestilah berkualiti tinggi dan menjadi pangkalan bakat anak Kelantan sendiri,” ujarnya.Bagi memastikan perancangan tersebut berjalan lancar, Annuar turut mengemukakan beberapa cadangan strategik kepada konsortium berkenaan demi masa depan bola sepak Kelantan.Antara cadangan dikemukakan termasuklah mendapatkan khidmat ketua jurulatih bertaraf antarabangsa manakala jawatan penolong jurulatih diisi oleh barisan bekas pemain Ex-Treble sendiri.Beliau juga menyarankan agar kelab membawa masuk tiga pemain import muda dengan kontrak jangka masa panjang selama tiga tahun bagi membolehkan mereka berkembang bersama pasukan di bawah bimbingan barisan kejurulatihan tempatan.Selain aspek pengurusan pasukan, Annuar mencadangkan agar pihak konsortium menganjurkan festival tahunan ‘Hari Bolasepak Kelantan’ bagi merancakkan lagi ekosistem sukan itu di peringkat akar umbi.”Pasukan Kelantan City (atau Kelantan Cities Utd) juga diharap dapat segera dibentuk dengan pengurusan yang baik, perancangan kewangan yang kukuh serta pengurusan yang profesional.”Saya sedia bersama semula,” katanya.

Scroll to Top