TNB terbit Sukuk Wakalah Mampan bernilai RM4 bilion

TNB terbit Sukuk Wakalah Mampan bernilai RM4 bilion

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerbitkan Sukuk Wakalah Mampan bernilai RM4 bilion di bawah Program Sukuk Wakalah syarikat berkenaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, syarikat utiliti nasional itu memaklumkan terbitan pertama dalam program berkenaan, membabitkan lima tranche atau bahagian.

“Tranche itu adalah (masing-masing bernilai) RM450 juta dengan tempoh tujuh tahun yang menawarkan kadar agihan berkala sebanyak 3.81 peratus setahun; RM300 juta bagi tempoh 10 tahun pada kadar 3.93 peratus; RM850 juta dengan tempoh 15 tahun pada kadar 4.19 peratus; RM1.05 bilion dengan tempoh 20 tahun pada kadar 4.31 peratus serta RM1.35 bilion bertempoh 25 tahun pada kadar 4.37 peratus,” menurut TNB.

Maybank Investment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd menjadi penasihat utama bersama dan pengatur utama bersama Program Sukuk Wakalah dan menjadi pengurus utama bersama bagi penerbitan sukuk RM4 bilion berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top