am@hmetro.com.my
Putrajaya: Orang ramai dinasihat tidak panik apabila mendengar bunyi letupan di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, ia susulan raptai penuh Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 2026 sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, upacara itu akan dilaksana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membabitkan tembakan meriam pada Rabu ini dan hari acara pada 5 Jun.
Menurutnya, raptai penuh itu akan membabitkan dua das tembakan meriam pada 8.30 pagi, manakala pada hari acara pula membabitkan 21 das tembakan pada waktu sama.
“Sebanyak tiga laluan utama akan terkesan susulan penutupan sementara bermula jam 7 pagi iaitu Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E
“Kesesakan jalan raya dijangka berlaku dari 7 pagi hingga 10 pagi dan pengguna jalan raya dinasihatkan memberi kerjasama dan mematuhi isyarat pihak polis bagi memastikan kelancaran istiadat perbarisan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak sebarang kesulitan.
“Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi hotline polis Putrajaya di talian 03-8886 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




