‘Kenyataan Wan Saiful, Wan Ahmad Fayhsal sahkan wujud gerakan jatuhkan Muhyiddin’ – Marzuki

‘Kenyataan Wan Saiful, Wan Ahmad Fayhsal sahkan wujud gerakan jatuhkan Muhyiddin’ – Marzuki
‘Kenyataan Wan Saiful, Wan Ahmad Fayhsal sahkan wujud gerakan jatuhkan Muhyiddin’ – Marzuki

Kenyataan Wan Saiful (gambar kanan) dan Wan Ahmad Fayhsal didakwa mengesahkan kewujudan gerakan menjatuhkan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu.

SHAH ALAM – Kenyataan dua bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal didakwa mengesahkan kewujudan gerakan menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, gerakan itu didakwa dibuat secara secara tidak berperlembagaan dengan naratif tertentu.

“Saudara Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fahysal menjawab tulisan saya dengan panjang lebar. Tulisan saya pendek saja, terima kasihlah.

“Sebenarnya tulisan kedua-dua mereka mengesahkan apa yang saya tulis mengenai gerakan kumpulan Hamzah (bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin) untuk menjatuhkan Muhyiddin sebagai presiden Bersatu secara tidak berperlembagaan.

“Seperti yang diakui kedua-dua Wan, inilah naratif yang mereka jaja kepada ketua-ketua bahagian parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau berkata, antara naratif yang dibawa ialah kononnya bekas Timbalan Presiden Bersatu itu mendapat sokongan ramai pihak, lebih banyak berbelanja dan lebih mesra berbanding pemimpin lain.

“Atas sebab itu, beliau lebih layak menjadi presiden parti. Jika inilah pertimbangan untuk memilih pemimpin, silakan. Saya tiada masalah. Cuma, saya hairan.

“Kedua-dua Wan ini telah beralih arah menyokong Hamzah sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2021.

“Gerakan Hamzah untuk menjatuhkan Muhyiddin pun telah bermula sejak itu dan sebelum ini, merekalah yang paling setia. Biasalah, kuasa dah tiada,” katanya.

Menurut Marzuki, persoalan timbul apabila dalam pemilihan parti pada tahun 2024 mereka berkempen sebagai pasukan presiden.

Malah katanya, mereka menjelajah ke seluruh negara menjaja bahawa merekalah pasukan yang mendapat mandat presiden.

“Yang mengetuai kempen Mandat Presiden ini ialah Hamzah sendiri. Kenapa? Saya rasa kedua-dua Wan ini tak kenal Hamzah, yang kenal tahulah,” katanya.

 

 

Scroll to Top