Oh! Artis
Chef Wan dedah dirinya menghidap kanser Burkitt, sejenis penyakit limfoma yang jarang berlaku di dunia.
Chef selebriti terkenal, Chef Wan mengejutkan ramai apabila berkongsi kisah dirinya yang disahkan menghidap kanser Burkitt, sejenis penyakit limfoma yang sangat jarang berlaku.
Perkongsian itu dibuat ketika beliau muncul dalam audio siar Studio Sembang dan mengakui pada awalnya sukar untuk percaya dengan berita yang diterimanya daripada doktor.
Kanser Burkitt sangat jarang berlaku

Menurut Chef Wan, doktor memaklumkan bahawa kanser Burkitt yang dihidapinya hanya melibatkan sekitar lima peratus kes di seluruh dunia.
Doktor memberitahu, saya ada kanser Burkitt (limfoma). Penyakit ini jarang ditemui, hanya 5% sahaja dalam dunia.- Katanya.
Chef Wan mengakui dia sendiri terkejut apabila menerima berita tersebut dan merasakan dirinya seperti insan yang “terpilih” kerana menghidap penyakit yang sangat jarang berlaku itu.
Chef Wan tetap positif walaupun diuji

Walaupun berdepan ujian berat, Chef Wan tetap memilih untuk melihat perkara tersebut dari sudut yang positif dan tenang.
Saya tengok doktor dan kata, ‘saya tak percaya, saya ialah insan yang terpilih.’ Kemudian doktor cakap, ‘saya tak pernah jumpa seseorang yang positif seperti awak.- Kongsinya.
Chef Wan turut mengakui dia pernah berasa kosong ketika mula mengetahui tentang penyakit itu, namun reda menerima segala ketentuan hidup yang sudah ditetapkan.
Dalam masa sama, Chef Wan meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk menikmati kehidupan sehingga ke hari ini.
Menurutnya lagi, setiap penyakit yang hadir juga mempunyai hikmah tersendiri dan boleh menjadi penghapus dosa buat seseorang. Perkongsian tersebut turut membuatkan ramai netizen tersentuh dan kagum dengan semangat positif Chef Wan sepanjang melalui ujian hidup sebagai pesakit kanser.
Pssttt! Kadang-kadang bila diuji dengan sakit, barulah kita lebih menghargai kehidupan. Ohmedia harap korang jangan abaikan kesihatan dan sentiasa kuat walau apa juga ujian yang datang.
Kredit: Studio Sembang
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




