Israel tawan istana purba, PBB adakan mesyuarat tergempar

Israel tawan istana purba, PBB adakan mesyuarat tergempar

New York: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin mengenai perluasan serangan Israel di Lubnan, susulan penawanan istana zaman pertengahan, Istana Beaufort, kata sumber diplomatik kepada AFP.

Mesyuarat itu diminta oleh Perancis dan akan berlangsung sejurus selepas mesyuarat tergempar mengenai nahas dron Rusia ke dalam bangunan pangsapuri Romania, yang dijadualkan pada 3 petang (1900 GMT), kata sumber berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top