Oh! Arena
Azizulhasni Awang terima Darjah Bakti daripada Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara.
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi mencipta sejarah apabila dikurniakan Darjah Bakti oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengurniaan itu berlangsung dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara. Ohmedia rasa ini memang satu penghormatan besar buat legenda sukan negara ni.
Azizulhasni Awang atlet ketiga terima Darjah Bakti

Azizulhasni kini menjadi atlet ketiga negara menerima Darjah Bakti selepas legenda badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.
Pengiktirafan berprestij itu diberikan atas dedikasi dan sumbangan besar beliau dalam mengangkat nama Malaysia di pentas dunia menerusi sukan berbasikal trek selama lebih dua dekad.
Pengurniaan berprestij itu adalah pengiktirafan tertinggi negara terhadap dedikasi, kecemerlangan dan sumbangan berterusan Mohd Azizulhasni dalam mengangkat martabat sukan berbasikal serta memperkukuh reputasi Malaysia di persada dunia.- Katanya.
Darjah Bakti bukan calang-calang anugerah

Untuk korang yang tak tahu, Darjah Bakti merupakan antara darjah kebesaran tertinggi Persekutuan yang diperkenalkan sejak 26 Jun 1975.
Menariknya, anugerah ini hanya boleh diberikan kepada 10 individu sahaja pada satu-satu masa. Walaupun tidak membawa gelaran tambahan, ia dianggap simbol penghormatan tertinggi buat individu yang berjasa besar kepada negara.
The Pocket Rocketman terus harumkan nama Malaysia

Azizulhasni, 38, yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman sememangnya antara atlet paling berjaya dalam sejarah sukan negara.
Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu pernah muncul juara dunia acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017 di Hong Kong. Beliau juga menghadiahkan pingat perak Olimpik Tokyo 2020 dan gangsa Olimpik Rio 2016 buat Malaysia.
Malah awal Mei lalu, Azizulhasni masih membuktikan kemampuannya apabila meraih satu pingat perak dan dua gangsa dalam Siri Piala Trek Jepun di Shizuoka.
Pssttt! Kadang-kadang pengorbanan dan usaha bertahun-tahun memang akan dibalas dengan penghargaan yang besar. Ohmedia harap lebih ramai anak muda Malaysia jadikan Azizulhasni Awang sebagai inspirasi untuk terus kejar impian sampai berjaya.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




