Yamal bakal cipta fenomena luar biasa di Piala Dunia 2026

Yamal bakal cipta fenomena luar biasa di Piala Dunia 2026

Dari Rocafonda ke pentas Piala Dunia, Yamal cipta fenomena luar biasaMataro, Sepanyol: Ketika dunia masih menantikan aksi dua legenda bola sepak, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang bakal beraksi di Piala Dunia keenam mereka, ramai percaya edisi 2026 mungkin akan lebih dikenang sebagai permulaan era seorang lagi bintang muda – Lamine Yamal.Pada usia 18 tahun, pemain sayap Sepanyol itu sudah menjadi antara nama paling hangat dalam bola sepak dunia selepas mencipta kebangkitan luar biasa daripada sebuah kawasan kejiranan sederhana di Rocafonda kepada pentas terbesar sukan itu.Di Rocafonda, sebuah kawasan di pinggir bandar Mataro yang terletak kira-kira 32 kilometer dari Barcelona, bapa saudaranya, Abdul Nasraoui, pernah menyimpan replika trofi Piala Dunia di kedai bakerinya.Ketika itu Yamal belum pun membuat penampilan pertama bersama Sepanyol, namun Abdul yakin anak saudaranya suatu hari nanti akan menjulang trofi berprestij itu.Ramai penduduk setempat mendakwa mereka sudah melihat bakat luar biasa Yamal sejak kecil, namun individu yang paling awal menyedarinya ialah bekas ketua pembangunan pemain muda Barcelona, Jordi Roura.Menurut Roura, dia dan rakan sekerjanya Aureli Altimira hadir menyaksikan sesi pemilihan pemain muda selepas dimaklumkan oleh pencari bakat mengenai seorang kanak-kanak berbakat bernama Yamal.”Pada awalnya dia kelihatan kecil dan agak kurus. Cara pergerakannya juga sedikit berbeza, tetapi apabila permainan bermula kami terus nampak sesuatu yang istimewa.”Ketika pemain lain hanya mengejar bola, dia mencari ruang, menunggu masa sesuai dan menggunakan kaki kirinya dengan sangat pantas,” katanya kepada AFP.Kemahiran menggelecek yang diasah di gelanggang konkrit Rocafonda menjadi kelebihan utama Yamal.Menurut Roura, kebolehan menggelecek secara semula jadi adalah sesuatu yang sukar diajar dan Yamal sudah memilikinya sejak kecil.”Kami melihat dia melakukan gerakan yang membuatkan kami kagum. Ketika itu kami tahu dia memiliki sesuatu yang istimewa dan memutuskan untuk menandatanganinya,” katanya.Perjanjian bersama keluarganya yang mempunyai darah campuran Maghribi dan Guinea Khatulistiwa diselesaikan dengan pantas.Walaupun seorang yang pendiam dan pemalu ketika kecil, Yamal menghabiskan sebahagian besar masanya bermain bola sepak dan rapat dengan neneknya, Fatima.Fatima adalah individu pertama dalam keluarga yang berhijrah dari Tangier, Maghribi ke Sepanyol pada 1990 sebelum membawa ahli keluarga lain secara berperingkat.Walaupun ibu bapanya berpisah ketika dia berusia tiga tahun, Rocafonda kekal menjadi tempat yang paling dekat di hatinya.Malah, kawasan itu turut diabadikan dalam sambutan gol ikoniknya apabila dia membentuk nombor 304 menggunakan jari, merujuk kepada tiga digit terakhir kod pos Rocafonda.Kawasan yang suatu ketika dahulu sering dikaitkan dengan kemiskinan dan jenayah kini lebih dikenali sebagai tempat lahirnya seorang bintang bola sepak dunia.Di sebuah gelanggang konkrit yang menjadi lokasi Yamal bermain ketika kecil, kanak-kanak tempatan masih meneruskan tradisi bermain bola sepak di hadapan mural besar wajah pemain itu yang dilukis pada 2025.”Semua pemain hebat mempunyai kemampuan untuk melakukan perkara yang sama atau lebih baik daripada ketika mereka masih kecil. Itu sangat jarang berlaku dan sebab itulah mereka menjadi pemain istimewa,” kata Roura.Tiada had untuk YamalBagi Roura, pencapaian yang sudah diraih Yamal pada usia begitu muda membuktikan masa depannya sukar diramal.”Apabila melihat apa yang sudah dicapainya pada usia 18 tahun, ia agak menakutkan. Potensi yang boleh dicapai budak ini memang tiada had,” katanya.Ketika Sepanyol menjuarai Euro 2024, Yamal masih lagi menduduki peperiksaan sekolah namun berjaya mencuri perhatian dunia menerusi jaringan sensasi ketika menentang France.Detik bersejarah itu kini terpampang di dinding bar milik Abdul yang dinamakan 'Familia LY 304'.Di situ juga tersimpan replika trofi Piala Dunia yang menjadi simbol keyakinannya terhadap Yamal sejak bertahun-tahun lalu.Kini, hanya tiga tahun selepas membuat penampilan profesional pertama pada usia 15 tahun, impian Abdul dilihat semakin hampir menjadi kenyataan.Meskipun sering diajukan soalan mengenai anak saudaranya, Abdul memilih untuk tidak terlalu banyak bercakap menjelang Piala Dunia kerana mahu memberi tumpuan kepada prestasi Yamal.Namun apabila ditanya mengenai peluang Sepanyol menjulang trofi, jawapannya cukup ringkas.”Saya berharap… saya benar-benar berharap.”Jika kami memenangi Piala Dunia, barulah saya akan bercakap,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top