Nurul Munirah hilang sejak Isnin lalu

Nurul Munirah hilang sejak Isnin lalu

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sejak Isnin lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melalui laman Facebook (FB) melaporkan, remaja terbabit, Nurul Munirah Mohd Shahril mempunyai ketinggian 150 sentimeter (sm) dan beratnya 68 kilogram (kg).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja terbabit boleh menghubungi Sarjan Syahidah di talian 013-9630772, atau hotline IPD Kota Setar 04-7747222 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di talian 04-7741222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top