Rom: Penyerang Denmark, Rasmus Hojlund melengkapkan perpindahan tetap ke Napoli, umum kelab Itali itu, hari ini, selepas meminjamnya dari Manchester United musim lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan 16 gol dalam 44 perlawanan ketika Napoli menamatkan saingan di tempat kedua Serie A, selepas gagal menyesuaikan diri sepanjang dua musim di England.
Laporan mendakwa Napoli membelanjakan 44 juta euro (RM204 juta) untuk mendapatkan Hojlund.
United membayar hampir 80 juta euro (RM370.9 juta) kepada Atalanta bagi mendapatkan khidmatnya pada 2023.
“SSC Napoli mengumumkan syarat telah dipenuhi untuk pemerolehan tetap Rasmus Hojlund dari Manchester United,” kata Napoli dalam satu kenyataan.
Napoli kini tidak mempunyai jurulatih selepas pemergian Antonio Conte pada penghujung musim.
Media Itali melaporkan bekas pengendali AC Milan, Massimiliano Allegri adalah calon utama untuk mengisi jawatan itu.
Hojlund menjaringkan 26 gol dalam 95 penampilan bersama United, tetapi bergelut sepanjang musim 2024-25 selepas kempen sulung yang memberangsangkan di Old Trafford.
“Semua warga kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Rasmus untuk masa depannya,” kata United dalam satu kenyataan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




