Pelakon Fify Azmi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pendedahan di Thread. Menerusi hantaran tersebut, Fify dilihat meluahkan rasa kecewa tentang pengkhianatan yang didakwa berlaku dalam hidupnya.
Fify turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan kekasihnya dengan seorang wanita lain.
Kekasih ajak wanita datang, mandi di rumah
Dalam hantaran tersebut, Fify berkata, dia tidak pernah menyangka perlu berkongsi perkara sebegitu kepada umum.
Namun katanya, jika perkongsian itu mampu membantu walau seorang wanita untuk lebih mempercayai naluri sendiri, ia berbaloi untuk dilakukan.

Perkongsian itu kemudian disertakan dengan beberapa tangkap layar perbualan yang memperlihatkan mesej antara dua individu, termasuk perbualan mengenai seseorang yang mahu datang ke rumah, mandi dan bersarapan bersama.





Selain itu, terdapat juga mesej yang menunjukkan wanita terbabit bertanya apa yang perlu dibawa sebelum dibalas supaya hanya membawa diri sahaja.
Dalam perbualan lain, mesej tersebut turut menyentuh soal keselesaan, keadaan bilik dan kebimbangan mengenai bau lelaki.
Walaupun identiti wanita di dalam mesej tidak didedahkan, netizen mendakwa wanita tersebut adalah Sarah Yasmine berdasarkan gambar profil Instagram.
Tidak kurang juga, ada netizen yang meninggalkan komen pedas dan mengaitkan nama Sarah Yasmine dengan kontroversi terdahulu.
Pssttt! Apa pun, jika benar ada hati yang dikhianati, semoga Fify terus kuat dan diberi ketenangan untuk meneruskan kehidupan. Dalam hubungan, kepercayaan bukan perkara kecil kerana sekali ia retak, bukan mudah untuk kembali seperti biasa.
Kredit: Thread Fify Azmi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




