Penyanyi Ameng Spring menjelaskan dia sudah memberi teguran kepada anak perempuannya, Azeva Natasha berkenaan soal menutup aurat.
Menerusi video siaran langsung yang dimuat naik semula, Ameng berkata dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan memberikan nasihat.
BACA: “Yang Cakap Tu Aku Tak Maafkan Dunia Akhirat” – Isteri Nafi Halang Ameng Sokong Azeva
Malah, Ameng turut meminta individu yang menegur di media sosial untuk bertemu sendiri dengan Azeva serta memberikan nasihat berkenaan.
“Saya dah letih bercakap. Dah letih dah saya bercakap. Dah pasang ‘speaker’, tutup aurat, tutup aurat. Dia tak tutup, kau nak buat apa?
“Saya dah bercakap dah. Aku dah suruh kawan aku cakap. Aku dah suruh imam cakap. Sekarang tugas awak (netizen) pergi bercakap dengan dia. Tugas saya dah selesai dah,” katanya.
Sementara itu, Ameng berkata anaknya mengakui sebagai bapa dia sudah menjalankan tanggunjgawab memberikan teguran namun Azeva belum bersedia untuk berhijab.
“Saya dah bercakap berapa ribu kali dah. Sampai Azeva tegur saya, ‘Cukuplah cakap. Bahagian Papa dah lepas dah. Papa dah cakap dah. Adik faham benda tu, cuma sekarang Adik belum bersedia’,” katanya.
Dalam pada itu, Ameng berkata ayah angkat Azeva merupakan seorang pensyarah dan pendakwah, pasti ada bercakap mengenai perkara itu dengan Azeva.
“Ayah angkat Azeva adalah seorang ustaz, takkan ustaz itu tidak bercakap tapi kita berbalik kepada hidayah milik Allah.
“Tak logik langsung kalau kita tak bercakap. Saya pun takut masuk neraka. Kita kalau boleh nak semua umat manusia masuk syurga,” katanya.




