Fify Azmi Dicurangi Kekasih Pada Hari Lahir

Fify Azmi Dicurangi Kekasih Pada Hari Lahir

Selepas membuat pendedahan kekasihnya berlaku curang, pelakon Fify Azmi mendoakan agar inidividu bernama NZ akan dipermudahkan segala urusan.

Menerusi hantaran di Threads, Fify turut berharap agar mereka dipertemukan dengan orang yang lebih baik, serta ikhlas dan dia kini melangkah ke fasa baru dengan tenang.

BACA: Fify Azmi Dedah Kena Curang, Kongsi Bukti Mesej

“NZ, semoga segala urusan pada hari-hari mendatang akan dipermudahkan.

“Saya kini melangkah ke fasa baharu dengan lebih tenang, kuat dan bermaruah. Apa yang ditakdirkan untuk saya akan hadir, manakala yang bukan milik saya akan pergi.

“Semoga kita dipertemukan dengan insan yang ikhlas, baik dan sesuai untuk menemani perjalanan hidup masing-masing,” tulisnya.

Sementara itu, Fify berkata dia tidak akan menyerang wanita yang didakwa menjalin hubungan istimewa dengan kekasihnya itu, namun dia tertanya-tanya apabila dia dicurangi pada hari ulang tahun kelahirannya.


Scroll to Top