COPA: Cardona muncul wira Colombia tewaskan Ecuador 1-0

COPA: Cardona muncul wira Colombia tewaskan Ecuador 1-0

RASILIA: Edwin Cardona muncul wira Colombia apabila meledak gol kemenangan pasukan itu bagi menewaskan Ecuador 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B kempen Copa America 2021, pagi tadi.

Jaringan itu terhasil menerusi gerakan menarik yang dimulakan daripada sepakan percuma dengan Cardona melakukan hantaran pendek kepada Juan Cuadrado.

Cuadrado kemudiannya melambungkan bola ke dalam kotak penalti buat Miguel Borja yang menanduk ke arah Cardona yang berlari, sebelum melakukan rembatan voli pada minit ke-42.

Gol itu pada awalnya dibatalkan kerana offside, tetapi menerusi sistem video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan biarpun tiga pemain Colombia berada melebihi barisan pemain pertahanan Ecuador, tetapi Cardona dan Borja di kedudukan tidak berada dalam posisi offside.

Ecuador mempunyai peluang bagi menjaringkan gol penyamaan menerusi Pervis Estupinan, tetapi penjaga gol Colombia, David Ospina berjaya menyelamatkan sepakan percumanya. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top