Empat pembesar Negeri Sembilan dihalang masuki Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin

Empat pembesar Negeri Sembilan dihalang masuki Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin

TAMPIN: Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang diadakan di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini kecoh selepas empat pembesar negeri ini dihalang memasuki ke balai kediaman itu boleh pihak berkuasa.

Kesemua mereka yang juga Ahli (DKU) iaitu Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin; dan Datuk Syahbandar Sungei Ujong, Datuk Baharudin Abdul Khalid.

Situasi kemudian reda apabila Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri campur tangan dan mengarahkan supaya para pembesar berkenaan dibenarkan masuk.

Mereka kemudian, dilihat mula memasuki ke balai tersebut selepas pintu dibuka.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati lebih 100 orang yang terdiri daripada datuk-datuk adat berkumpul di hadapan kediaman tersebut.

Turut kelihatan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim. – UTUSAN

Scroll to Top