Kaka Azraff Sah Bercerai Talak Dua Dengan Adam Azriff

Kaka Azraff Sah Bercerai Talak Dua Dengan Adam Azriff

Oh! Artis

Kaka Azraff sah bercerai talak dua dengan Adam Azriff dan reda menerima ketentuan hidup.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah situasi dilalui penyanyi Kaka Azraff apabila rumah tangga yang cuba dipertahankan akhirnya kembali menemui titik noktah.

Selepas pernah rujuk awal tahun ini, Kaka kini mengesahkan dia dan Adam Azriff sah berpisah dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Kaka Azraff terima sebagai pengajaran

Kredit Foto Kaka Azraff

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata perceraian itu berlaku pada pukul 9 pagi.

Walaupun bukan sesuatu yang mudah, penyanyi berusia 37 tahun itu memilih untuk menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka. Baginya, apa yang berlaku menjadi satu pengajaran dalam meneruskan kehidupan selepas ini.

Iya benar. Cerai itu berlaku semalam. Talak dua pada pukul 9 pagi. Saya terima ini sebagai satu pengajaran dalam hidup.- Katanya.

Kredit Foto Kaka Azraff

Dalam luahannya, Kaka percaya dia dan Adam sudah cuba melakukan yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Namun, tidak semua perkara yang diusahakan akan berakhir seperti yang diimpikan.

Kaka turut menegaskan dia tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak kerana menganggap perkara itu sebagai takdir.

Fokus besarkan tiga anak

Kredit Foto Kaka Azraff

Inilah hidup. Ia mengajar kita untuk cuba buat yang terbaik. Sudah cuba buat yang terbaik tetapi tidak menyebelahi apa yang kita impikan. Rasa puas untuk mencuba itu cukup. Sekurang-kurangnya kita dah mencuba.

Ini bukan nak salahkan sesiapa, ini takdir dan terima hakikat. Sekarang teruskan perjalanan hidup dengan tiga cahaya mata.- Luahnya.

Buat masa ini, Kaka mahu memberi tumpuan kepada kehidupan baharu bersama tiga cahaya matanya. Dia mengakui status ibu tunggal bukan perkara mudah, namun pengalaman melihat ibunya sendiri membesarkannya seorang diri menjadi sumber kekuatan.

Untuk rekod, Kaka dan Adam pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal 2025 ketika masih dalam tempoh idah.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam.

Pssttt! Dalam hal rumah tangga, orang luar hanya nampak sebahagian kecil sahaja. Yang menanggung tetap mereka yang melalui sendiri. Semoga Kaka Azraff terus kuat, tenang dan dipermudahkan urusan membesarkan anak-anak selepas ini.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top