Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segera

Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segera
Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segera

Shamrahayu

SHAH ALAM – Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan mengikut lunas undang-undang tubuh negeri dan adat yang diterima pakai di negeri berkenaan.

Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, meskipun krisis hanya berlaku di dalam Negeri Sembilan, rakyat akan menilai ia sebagai perkara besar kerana melibatkan institusi diraja itu sendiri.

“Rakyat memandang dan menilai yang krisis ini besar sebab melibatkan masalah dalaman institusi diraja.

“Jadi, saya harap krisis dalaman ini cepat berakhir dan diselesaikan dengan tenang berdasarkan perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Media melaporkan, kurang 12 jam selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), suasana di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pada pagi Jumaat bertukar kecoh.

Ia selepas beberapa pembesar adat negeri itu tidak dibenarkan memasuki kawasan balai untuk menghadiri Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU).

ARTIKEL BERKAITAN – Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12

Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di Melaka

Mesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -Peguam

Kecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKU

Sebelum itu, Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang diperoleh dalam sesi menghadap di Istana Besar Seri Menanti.

Pembubaran tersebut membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi memilih kerajaan negeri baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

 

Mesti Baca

Scroll to Top