Oh! Negara
Bekalan minyak Malaysia kekal stabil walaupun konflik Asia Barat beri tekanan kepada pasaran tenaga global.
Di saat konflik Asia Barat mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan tenaga dunia, rakyat Malaysia nampaknya masih boleh tarik nafas lega. Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak negara kekal mencukupi dan tidak berlaku sebarang gangguan setakat ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, rakyat tidak perlu risau untuk mengisi minyak seperti biasa. Katanya, peniaga juga masih boleh mendapatkan bekalan diperlukan bagi menjalankan perniagaan tanpa sekatan atau catuan.
Kita telah berjaya memastikan bekalan yang ada mencukupi dan konsisten dalam negara. Bila tidak ada kekurangan bekalan, rakyat tidak perlu risau untuk mengisi minyak dan peniaga juga boleh terus mendapatkan bekalan diperlukan untuk menjalankan perniagaan mereka.- Katanya.
RON95 kekal RM1.99 seliter

Dalam masa sama, kerajaan turut mengekalkan harga minyak RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter. Langkah itu dibuat bagi mengurangkan beban rakyat walaupun harga minyak mentah dunia terkesan dengan faktor geopolitik dan ketidaktentuan pasaran antarabangsa.
Kita mahu mengurangkan beban rakyat, oleh sebab itu RON95 masih dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran di banyak negara lain.- Katanya.

Amir Hamzah berkata, kerajaan sedang memperkukuhkan strategi keselamatan tenaga dengan mempelbagaikan sumber bekalan. Katanya, langkah itu penting supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada satu pasaran atau negara tertentu jika berlaku gangguan pada masa depan.
Kita tidak mahu bergantung kepada satu sumber sahaja, jika ada masalah di satu kawasan, kita masih mempunyai pilihan bekalan daripada sumber lain. Itu antara strategi yang sedang diperkukuhkan bagi memastikan bekalan tenaga negara terus stabil.- Katanya lagi.
Pssttt! Dalam situasi dunia yang tak menentu sekarang, memang penting untuk rakyat kekal tenang dan tak mudah panik. Selagi bekalan minyak masih stabil, kita teruskan rutin macam biasa sambil harap kerajaan terus pantau supaya keadaan kekal terkawal.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




