'Terima kasih kepada semua, saya tahu isteri kuat' – Suami Jaslinda

'Terima kasih kepada semua, saya tahu isteri kuat' – Suami Jaslinda

Tapah: Suami kepada pendaki yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu, Haszman Othman, 61, menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga isterinya, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat semalam.

Haszman berkata, kejayaan operasi itu ialah hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, bomba, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan berkanun, serta masyarakat Orang Asli yang turut membantu sepanjang usaha pencarian dijalankan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama pihak polis, bomba, NGO, badan-badan berkanun dan juga Orang Asli yang memberikan kerjasama cukup baik sepanjang operasi ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah, di sini malam tadi.

Haszman turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyediakan penginapan dan sokongan kepada keluarganya sepanjang 14 hari operasi SAR itu.

Berhubung tindakan seterusnya, Haszman berkata, perkara itu bergantung pada laporan pihak kesihatan yang merawat isterinya ketika ini.

“Saya tahu orang rumah saya tabah. Saya tahu dia kuat (hadapi dugaan),” katanya ketika ditanya tentang keadaan Jaslinda sebaik berjaya dijumpai setelah dua minggu hilang.

Jaslinda ditemukan oleh penduduk Orang Asli berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, kira-kira 5 petang.

Berita berkaitan

‘Ok tak oklah.. nikmati hidup’ – Jaslinda

Orang Asli cerita detik pertemuan dengan Jaslinda

Jaslinda cedera jatuh pada ketinggian 5 meter – Bomba

2 minggu tak makan, Jaslinda minum air hitam, coklat, air periuk kera

‘Terima kasih.. minta maaf rakyat Malaysia’ – Jaslinda

‘Saya jatuh berkali-kali’ – Kongsi Jaslinda dalam video tulark

Jaslinda dedah jumpa gua, seperti disuruh masuk

Bomba sahkan Jaslinda ditemui 3 petang tadi

‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak

Kronologi kehilangan Jaslinda

Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’

SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat

‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda

Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top