Sesat empat hari dalam hutan, warga emas dakwa ditemani wanita misteri

Sesat empat hari dalam hutan, warga emas dakwa ditemani wanita misteri
Sesat empat hari dalam hutan, warga emas dakwa ditemani wanita misteri

Chan bergantung kepada buah ara liar dan sedikit bekalan air yang dibawa untuk meneruskan hidup letika tersesat dalam hutan. Foto: Khaosod

PHETCHABUN – Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun yang ditemui selamat selepas empat hari sesat di dalam hutan di wilayah Phetchabun, Thailand, mendakwa sepanjang tempoh itu dia ditemani seorang wanita misteri yang tidak pernah bercakap dengannya.

Memetik laporan Khaosod, Chan dilaporkan hilang pada 2 Jun lalu ketika keluar mencari cendawan di kawasan hutan berhampiran Ban Talat Mai, daerah Bung Sam Phan.

Kehilangannya mencetuskan usaha pencarian besar-besaran membabitkan ahli keluarga, penduduk kampung, polis, tentera dan pasukan penyelamat.

Pada 5 Jun, lebih 100 anggota digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan anjing pengesan serta dron bagi mengesan lokasi mangsa.

Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun yang ditemui selamat selepas empat hari sesat di dalam hutan di wilayah Phetchabun, Thailand. Foto: Khaosod

Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun yang ditemui selamat selepas empat hari sesat di dalam hutan di wilayah Phetchabun, Thailand. Foto: Khaosod

Selepas beberapa hari pencarian, Chan akhirnya ditemui kira-kira jam 12 tengah hari dalam keadaan lemah dan keletihan di kawasan hutan yang terletak sekitar dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurut warga emas itu, sepanjang berada di dalam hutan, dia tidak bersendirian kerana mendakwa ditemani seorang wanita yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, wanita tersebut tidak pernah bercakap atau berkomunikasi dengannya sepanjang tempoh berkenaan.

Chan tidak dapat menjelaskan identiti individu tersebut dan hanya mengingati kehadirannya ketika dia berusaha mencari jalan keluar dari kawasan hutan.

Dalam tempoh empat hari itu, dia terpaksa bergantung kepada buah ara liar dan sedikit bekalan air yang dibawa bersamanya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya tidak pasti berapa lama lagi mampu bertahan,” katanya selepas ditemui pasukan penyelamat.

Menariknya, pasukan pencari dilaporkan beberapa kali melalui kawasan tempat Chan berada, namun gagal menyedari kehadiran wanita itu sebelum dia akhirnya ditemui.

Selepas diselamatkan, Chan dibawa ke Hospital Bung Sam Phan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan lanjut.

Scroll to Top