Farres Putra maut selepas tiga motosikal dipercayai bergesel

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Polis akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kemalangan yang meragut nyawa pelumba motosikal, Farres Putra Mohd Fadhil, 18, ketika perlumbaan Malaysia Cub Prix di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kemalangan berlaku ketika perlumbaan berlangsung dan membabitkan tiga motosikal dipercayai bergesel sesama sendiri.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dengan ambulans.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu sebelum Ketua Polis Balai (KPB) Gong Badak ke lokasi untuk pemeriksaan dan siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Azli berkata, bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

“Bedah siasat dilakukan di Jabatan Forensik HSNZ kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Farres Putra sempat solat Zuhur, berdoa lama sebelum perlumbaan terakhir – Rakan

Pelumba Cub Prix, Farres Putra meninggal dunia

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top