Orang ramai hentikan pacuan empat roda dipandu melulu, bahaya

Orang ramai hentikan pacuan empat roda dipandu melulu, bahaya

am@hmetro.com.my

Seberang Jaya: Sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi berwarna oren mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas dipercayai dipandu secara melulu di Jalan Seberang Jaya, di sini, menerusi hantaran tular hari ini.

Video yang tular di media sosial itu, menunjukkan kenderaan itu bergerak secara tidak menentu dan berulang kali mengundur di tengah jalan.

Dalam rakaman lain, beberapa individu dilihat cuba menghampiri kenderaan berkenaan sebelum mengambil tindakan menghalang pergerakannya bagi mengelakkan sebarang kemungkinan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Video lain turut menunjukkan orang awam berjaya menghentikan pacuan empat roda itu dan mengarahkan pemandunya keluar dari kenderaan.

Kejadian itu kemudiannya dikongsikan secara meluas di pelbagai platform media sosial, dengan ramai netizen meluahkan kebimbangan terhadap tindakan pemandu terbabit serta menggesa siasatan segera dijalankan.

Punca kejadian dan identiti pemandu masih belum diketahui.

Polis setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top