Iran Serang Pangkalan Haram Jadah Amerika Syarikat

Iran Serang Pangkalan Haram Jadah Amerika Syarikat

Oh! Tidak

Serangan Iran ke atas pangkalan AS di Jordan dan Bahrain mencetuskan kebimbangan baharu di Timur Tengah.


Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat kembali mencuri perhatian dunia selepas Tehran dilapor menyerang beberapa pangkalan AS di Jordan dan Bahrain pada Rabu.

Serangan Iran itu dilihat sebagai tindak balas terhadap tindakan Washington yang sebelum ini melancarkan serangan ke atas sasaran pertahanan udara dan radar Iran berhampiran Selat Hormuz.

Iran sasar lokasi penting Amerika Syarikat

Ohmedia iran serang israel

Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, serangan itu dilakukan menggunakan peluru berpandu jarak jauh terhadap beberapa sasaran penting yang dikaitkan dengan kepentingan ketenteraan AS.

Antara lokasi yang disebut termasuk pangkalan udara di Al-Azraq, Jordan, yang didakwa menempatkan aset pejuang F35 dan pusat arahan AS.

Bagi Iran, serangan ini bukan sekadar provokasi kosong, tetapi mesej jelas bahawa mereka tidak akan berdiam diri jika wilayah dan kepentingan mereka terus ditekan.

Amerika Syarikat lebih awal lancar serangan

Ohmedia lembu Donald Trump
Kredit Foto Donald Trump

Tindakan Iran itu berlaku selepas AS melancarkan serangan terhadap beberapa lokasi di Iran sebagai balasan kepada insiden helikopter Apache AS yang didakwa ditembak jatuh.

Bagaimanapun, laporan lain menyebut insiden helikopter itu masih dipersoalkan selepas ia dikatakan mungkin bertembung dengan dron Iran, bukan semestinya ditembak secara sengaja.

Di sinilah isu ini jadi semakin rumit. AS melihat tindakannya sebagai serangan balas, manakala Iran pula melihat serangan mereka sebagai hak mempertahankan diri daripada tekanan ketenteraan Washington.

Ketegangan makin bahaya

Ohmedia donald trump

Jordan memaklumkan pihaknya menembak jatuh lima peluru berpandu dari Iran tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan material dilaporkan.

Dalam masa sama, siren serangan udara turut dilaporkan berbunyi di Bahrain selepas Iran mendakwa menyerang satu lagi pangkalan AS di negara itu.

Perkembangan ini sekali lagi menunjukkan rantau Timur Tengah masih jauh daripada benar-benar reda, apatah lagi apabila kuasa besar terus memainkan peranan ketenteraan di kawasan berkenaan.

Pssttt! Dalam isu macam ini, korang kena tengok gambaran besar. Bila negara luar masuk terlalu dalam dalam konflik rantau orang lain, memang risiko serangan balas akan sentiasa ada. Harapnya semua pihak pilih jalan diplomasi sebelum rakyat biasa pula jadi mangsa keadaan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top