Terowong 13km rentas banjaran Himalaya

Terowong 13km rentas banjaran Himalaya

New Delhi: Jurutera India, baru-baru ini, berjaya menebuk bahagian batuan terakhir di Terowong Zojila yang strategik merentasi banjaran Himalaya.

Terowong 13.14 kilometer (km) itu menghubungkan wilayah Ladakh di India dengan China.

India dan China, dua negara paling ramai penduduk di dunia, adalah pesaing sengit yang bersaing untuk mendapatkan pengaruh strategik di seluruh Asia Selatan.

Hubungan dua negara dingin sejak pertembungan sempadan 2020, dan gris sempadan 3,500 kilometer (km) menjadi punca ketegangan berterusan.

Terowong Zojila itu membentuk sebahagian daripada infrastruktur yang lebih luas, mewujudkan hubungan dengan jalan raya dan kereta api yang akan membolehkan perdagangan, tentera dan bekalan bergerak antara kedua negara.

Ketika ini, laluan jalan raya antara bandar di kedua negara disekat kerana salji lebat, yang tingginya boleh melebihi lori.

Menurut AFP, Terowong Zojila sejauh 13.14 km yang akan menghubungkan dua kawasan yang terputus hubungan kerana salji musim sejuk.

Ia merentasi di bawah Zojila Pass atau Laluan Zojila iatu jalan di pergunungan yang terletak pada ketinggian 3,528 meter dari aras laut.

Lebih 3,000 pekerja terbabit sejak 2020 dalam penggalian terowong itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top