Bonggol Jalan Genting Highlands Perlu Ditambah Demi Keselamatan Pengguna

Bonggol Jalan Genting Highlands Perlu Ditambah Demi Keselamatan Pengguna

Oh! Negara

Bonggol jalan Genting Highlands dicadang ditambah bagi kurangkan risiko kemalangan.


Isu keselamatan jalan raya di Genting Highlands sekali lagi menjadi perhatian selepas berlaku kemalangan melibatkan kenderaan pelancongan di laluan berkenaan.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata lebih banyak kemudahan pengurang kelajuan atau bonggol jalan perlu dipasang bagi mengurangkan risiko kemalangan, terutama di kawasan kritikal keluar masuk pusat peranginan itu.

Keselamatan jalan di Genting Highlands perlu diberi perhatian

Ohmedia keselamatan jalan genting

Menurut Tiong, perhatian khusus perlu diberikan terhadap usaha mengawal kelajuan kenderaan di laluan Genting Highlands.

Beliau berkata langkah pemantauan berteknologi juga perlu disemak semula dan dipercepatkan bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di kawasan tersebut.

Terdapat keperluan mendesak untuk menyemak semula dan menyegerakan pelaksanaan lebih banyak langkah pemantauan berteknologi bagi meningkatkan tahap pengurusan keselamatan jalan raya.- Katanya.

Perlu kerjasama pihak Genting Highlands

Tiong berkata JPJ sebelum ini pernah mencadangkan pemasangan perangkap laju di laluan berkenaan. Namun, cadangan itu belum dapat dilaksanakan kerana jalan tersebut merupakan laluan persendirian.

Bagaimanapun, beliau menegaskan status jalan persendirian tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan aspek keselamatan, lebih-lebih lagi apabila ia turut digunakan pelancong dan orang awam.

Beliau berharap pihak pengurusan Genting Highlands dapat memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensi penguat kuasa dalam melaksanakan penambahbaikan keselamatan.

Pssttt! Keselamatan jalan raya bukan benda kecil, lagi-lagi di kawasan berbukit dan laluan tumpuan pelancong macam Genting Highlands. Harapnya semua pihak dapat ambil serius sebelum tragedi sama berulang lagi. Nyawa pengguna jalan raya tetap nombor satu.

Kredit: motoqar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top