12 maut, 9 cedera dalam kejadian tembak di Johannesburg – Laporan

12 maut, 9 cedera dalam kejadian tembak di Johannesburg – Laporan
12 maut, 9 cedera dalam kejadian tembak di Johannesburg – Laporan

Lebih 10 suspek bersenjata lengkap, dikatakan menaiki Toyota Quantum putih, melepaskan tembakan sebelum melarikan diri. Foto Anadolu

ISTANBUL – Sebanyak 12 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam satu insiden tembakan di Jumpers Informal Settlement di Cleveland, Johannesburg, lewat Selasa, menurut polis, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan.

Polis bertindak balas terhadap laporan tembakan sekitar 11.10 malam (2110 GMT) dan menemui mangsa dengan kesan tembakan.

Lapan lelaki dan tiga wanita disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi lelaki meninggal dunia di hospital, lapor eNews Channel Africa.

Menurut pihak berkuasa, lebih 10 suspek bersenjata lengkap, dikatakan menaiki Toyota Quantum putih, melepaskan tembakan di beberapa lokasi dalam penempatan itu sebelum melarikan diri.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan sedang dijalankan. – Bernama-Anadolu

 

 

 

 

Mesti Baca

Scroll to Top