
Sebuah replika gergasi trofi Piala Dunia kini berdiri di atas jalan utama Teheran, menjadi tumpuan peminat tempatan.
TEHERAN – Demam bola sepak melanda ibu negara Iran menjelang Piala Dunia FIFA 2026, membayangi ketegangan geopolitik berterusan antara Teheran dan tuan rumah bersama kejohanan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sebuah replika gergasi trofi Piala Dunia kini berdiri di atas jalan utama Teheran, menjadi tumpuan peminat tempatan.
Sementara itu, pusat beli-belah dan kedai sukan di seluruh bandar melaporkan peningkatan jualan jersi pasukan kebangsaan Iran, bola sepak dan barangan kejohanan sambil orang ramai menyatakan sokongan terhadap ‘Team Melli’ (gelaran untuk pasukan bola sepak kebangsaan Iran).
Kejohanan itu, yang dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico, membawa ‘beban’ unik untuk warga Iran, kerana pasukan kebangsaan akan bermain semua perlawanan peringkat kumpulan Kumpulan G di AS, khususnya di Los Angeles dan Seattle. – Bernama/Anadolu



