Marina gesa siasatan khas isu Rohingya

Marina gesa siasatan khas isu Rohingya

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menggesa kerajaan menjalankan siasatan khas berhubung isu pelarian Rohingya di negara ini susulan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat tempatan.

Beliau mempersoalkan dakwaan terdapat bayaran tertentu yang dikenakan oleh ejen bagi membawa masuk pelarian Rohingya ke negara ini.

“Kalau di KLIA ada isu ‘counter setting’, bagaimana pula dengan isu berbangkit di mana ada dakwaan bayaran di kenakan untuk masuk ke Malaysia oleh ejen?

“Bagaimana pula dengan mudah boleh masuk ke negara kita?? Perairan kita? Sempadan negara? Adakah mudah dibolosi? Isu ini melibatkan kedaulatan negara.

“Kerajaan pun sedia maklum ada sindiket penjualan kad kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” katanya dalam muat naik di Facebooknya.

Marina turut menggesa kerajaan menyediakan data yang lebih terperinci mengenai jumlah sebenar pelarian Rohingya di Malaysia mengikut daerah dan negeri bagi membantu proses pengurusan serta perancangan dasar yang lebih berkesan.

“Saya percaya kerajaan kita tak ada data sebenar berapa ramai sebenarnya pelarian Rohingya di Malaysia. Yang masuk secara haram berapa ramai? Kita hari ini nak desak tangkap orang Rohingya…ok lah.

“Katakan kerajaan tangkap mereka ramai-ramai. Lepas itu? Letak mana? Siapa tanggung kos?

“Dah tangkap, nak buat apa? Nak hantar balik ke negara asal. Tak boleh. Nanti negara kita pula akan dituduh dunia menjalankan penindasan ke atas pelarian. Ini semua akan bagi kesan pada negara,” ujarnya.

Marina menafikan dakwaan beliau akan melompat parti susulan dirinya dilihat kurang lantang mengkritik kerajaan negeri. Foto FB Marina Binti Ibrahim

Marina menafikan dakwaan beliau akan melompat parti susulan dirinya dilihat kurang lantang mengkritik kerajaan negeri. Foto FB Marina Binti Ibrahim

Beliau yang pernah mengajar kanak-kanak Rohingya sewaktu menjadi Ahli Majlis sebelum ini memberitahu isu berkenaan pernah dibawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya pun pernah berkali bawa isu Rohingya ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

“Penyelaras DUN Puteri Wangsa dulu pun bawa isu ni. Jawapan? Tidak menjawab persoalan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berharap kerajaan dapat mengadakan perbincangan yang lebih telus dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berhubung pengurusan pelarian Rohingya yang telah lama berada di negara ini.

Tegasnya, kerajaan Malaysia juga tidak menerima sebarang peruntukan bagi membantu pelarian Rohingya.

“Kalau ada yang cakap UNHCR bagi elaun bulanan kepada pelarian, tidak benar. Ada yang dapat elaun sementara sebulan dua lepas itu tiada.

“UNHCR sepatutnya didesak kerajaan menjawab bagaimana pengurusan pelarian Rohingya di Malaysia dan kenakan tindakan pada penguat kuasa yang tak amanah dan bersekongkol dengan sindiket,” katanya.

Scroll to Top