Lelaki memukat ikan ditemukan lemas

Lelaki memukat ikan ditemukan lemas

am@hmetro.com.my

Kemaman: Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran jambatan Sungai Air Puteh, di Kampung Seberang Tayor, dekat sini, petang semalam.

Mualim Johari, 38, yang dikatakan pergi memukat ikan di sungai terbabit yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya ditemui terapung kira-kira jam 6 petang.

Mangsa yang dikatakan tinggal bersendirian dan menyara hidup dengan menjual ikan sungai salai.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada petang Rabu ketika mangsa ke sungai terbabit untuk memasang pukat sebelum terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus.

Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada timbunan kayu di tengah sungai berkenaan oleh penduduk kampung.

Polis bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh membawa naik mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top