Fauziah Nawi sambung master, pasang impian genggam PhD – “Saya buat kerana arwah bapa”

Fauziah Nawi sambung master, pasang impian genggam PhD – “Saya buat kerana arwah bapa”

Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi membuktikan semangat menuntut ilmu tidak mengenal usia apabila mengambil keputusan menyambung pengajian di peringkat sarjana (master) dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM).

Pasang impian genggam PhD

Menerusi perkongsian di Threads, Fauziah yang kini berusia 73 tahun memuat naik sekeping foto dirinya bersama kad pelajar sebagai tanda permulaan perjalanan akademik baharunya.

Dalam hantaran tersebut, aktres itu turut berkogsi bahawa keputusan menyambung pengajian itu diyakini mampu menggembirakan arwah bapanya, Tuan Haji Nawi Mukri.

“Perkara yang pastinya menggembirakan arwah bapa, Tuan Haji Nawi Mukri,” ciapannya, semalam.

Dalam masa sama, Fauziah turut memberi bayangan bahawa hasratnya dalam bidang akademik mungkin tidak terhenti setakat peringkat sarjana sahaja.

Perkara itu dijelaskan selepas seorang netizen meninggalkan komen bertanyakan sama ada dirinya merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

“Ibu (Fauziah) sambung PhD pula ke? Terbaik,” komen netizen.
“Selesaikan Master dulu,” balasnya ringkas.

Artikel lain: Usia bukan penghalang! Fauziah Nawi mahu sambung kejar doktor falsafah

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya melahirkan rasa kagum terhadap kegigihan Fauziah. Ramai menyifatkan pelakon itu sebagai inspirasi kerana terus mengejar ilmu meskipun telah mencipta nama dalam dunia seni dan berada pada usia emas.

Terdahulu, Fauziah pernah menerima Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) dari Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2018 dan diploma bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy pada tahun 2020.

Sumber: Threads fauziahnawi

Scroll to Top