Kuala Lumpur : Gergasi hartanah tanah air, Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) sekali lagi melakar pendedahan antarabangsa apabila dinamakan dalam senarai berprestij Fortune Southeast Asia 500 bagi tahun ketiga berturut-turut sejak ia diperkenalkan pada 2024.
Penarafan tahunan oleh organisasi media perniagaan global, Fortune ini merangkumi syarikat-syarikat terbesar di rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Kemboja berdasarkan hasil pendapatan tahun kewangan terkini.
Kemasukan konsisten ini mencerminkan daya tahan, keupayaan mencatat pertumbuhan mapan, serta memperkukuh kedudukan Mah Sing sebagai antara pemaju terkemuka negara dengan rekod prestasi melebihi tiga dekad.
Pengiktirafan antarabangsa ini disokong oleh prestasi kewangan dan jualan yang luar biasa kukuh bagi kumpulan merangkumi Tahun Kewangan 2025 iaitu mencatat jualan hartanah tertinggi dalam tempoh sedekad bernilai RM2.51 bilion.
Selain hasil dan keuntungan 2025 iaitu merangkumi meraih hasil RM2.52 bilion dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM382.9 juta (meningkat 13.6% tahun ke tahun).
Sementara Suku Pertama 2026 mencatat keuntungan bersih boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat 3% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Disamping itu Asas Masa Depan Kukuh iaitu jualan belum dibil (unbilled sales) melonjak kepada RM3.33 bilion setakat suku pertama 2026.
Meneruskan momentum tersebut, Mah Sing berjaya memperoleh RM978 juta jualan hartanah baharu dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2026, sekali gus meletakkan kumpulan di landasan tepat untuk mencapai sasaran penuh setahun sebanyak RM2.76 bilion.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum meluahkan rasa syukur dan menyifatkan anugerah ini sebagai bukti kepercayaan pelanggan serta pemegang saham.
“Mendapat pengiktirafan untuk tahun ketiga berturut-turut adalah pengesahan bermakna tentang perjalanan pertumbuhan dan daya tahan Mah Sing.
“Senarai Fortune Southeast Asia 500 bukan sekadar ukuran saiz, tetapi mencerminkan keupayaan syarikat untuk kekal relevan dan berdaya saing di salah satu wilayah ekonomi paling dinamik di dunia,” katanya.
Melangkah ke hadapan, Tan Sri Leong menjelaskan bahawa Mah Sing kini bersedia melihat di luar kitaran jangka pendek untuk merebut peluang struktur jangka panjang demi membina organisasi yang sedia mendepani masa hadapan.
Merangkumi fokus teras iaitu terus menyediakan kediaman berkualiti pada harga mampu milik dan segmen pertengahan di lokasi pertumbuhan strategik.
Selain kepelbagaian portfolio iaitu mengukuhkan portfolio pendapatan berulang secara beransur-ansur untuk meningkatkan daya tahan pendapatan jangka panjang.
Mengintai peluang baharu seperti meningkatkan kehadiran dalam pembangunan industri, infrastruktur digital, dan aset pelaburan terpilih bagi menjana aliran pendapatan yang stabil.
“Kami melihat peluang besar daripada transformasi industri Malaysia, pertumbuhan ekonomi digital serta peningkatan permintaan terhadap infrastruktur berkualiti tinggi.
“Pelaburan strategik hari ini bertujuan memposisikan Mah Sing untuk merebut peluang ini sambil memastikan kami kekal lincah dan relevan,” ujar beliau.
© New Straits Times Press (M) Bhd




