Neymar kembali sentuh padang, namun aksi lawan Haiti masih diragui

Neymar kembali sentuh padang, namun aksi lawan Haiti masih diragui

East Rutherford: Bintang Brazil, Neymar memberi sedikit sinar harapan apabila kembali turun menjalani latihan di padang buat pertama kali bersama skuad kebangsaan menjelang saingan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat.

Pemain berusia 34 tahun itu melakukan latihan fizikal serta sentuhan bola ringan bersama pasukan, namun masih belum menyertai latihan taktikal penuh bersama rakan sepasukan.

Namun begitu, kemunculan semula bekas penyerang Santos itu masih belum cukup untuk meletakkannya dalam perancangan aksi menentang Haiti pada Jumaat ini, dengan tahap kecergasan beliau masih menjadi tanda tanya.

Neymar sebelum ini menjalani latihan secara tertutup bersama pasukan perubatan selepas mengalami kecederaan betis kanan ketika perlawanan kelabnya bulan lalu.

Kecederaan tersebut menambah senarai masalah fizikal yang dihadapi bintang utama Brazil itu, yang juga sudah hampir tiga tahun tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif bersama skuad kebangsaan.

Walaupun perkembangan terbaharu itu disambut positif penyokong Brazil, staf kejurulatihan tetap berhati hati dan tidak mahu tergesa gesa membawa pemain itu kembali ke aksi kompetitif.

Brazil bagaimanapun memulakan kempen Piala Dunia mereka dengan keputusan hambar apabila sekadar mencatat keputusan seri menentang Morocco.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top