Oh! Tidak
Polis tumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Miri, rampas 15,000 liter diesel.
Satu kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi terbongkar selepas polis menyerbu sebuah premis di Tanjung Lobang, Miri sekitar jam 12 tengah hari semalam.
Dalam serbuan itu, sebanyak 15,000 liter minyak diesel dipercayai bersubsidi dirampas bersama beberapa peralatan lain termasuk lori tangki dan sebuah SUV.
Serbuan bongkar pusat simpanan diesel sindiket

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi itu dijalankan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.
Empat lelaki tempatan berusia antara 42 hingga 52 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai menyewa sebuah rumah banglo dan menjadikan bahagian tepi rumah sebagai pusat pengumpulan minyak diesel subsidi.
Siasatan awal mendapati sindiket menggunakan ‘runner’ untuk membeli minyak diesel subsidi di stesen minyak sekitar Bandaraya Miri menggunakan tangki kenderaan persendirian.
‘jerry can’ sebelum dipindahkan ke dalam tangki yang disediakan di premis berkenaan untuk dijual kepada sindiket pada harga yang dipersetujui.- Katanya.
Rampasan lebih RM131,000

Menurut polis, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM131,079. Antara barangan yang dirampas termasuk lori tangki berkapasiti 16,000 liter, sebuah SUV dan peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.
Kes itu telah diserahkan kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup cawangan Miri untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan 3(1) PPKB 1974.
Pssttt! Isu macam ni memang tak boleh dipandang ringan sebab diesel subsidi sepatutnya sampai kepada pengguna yang benar-benar layak. Kalau ada nampak aktiviti mencurigakan, jangan buat tak tahu pula. Salurkan maklumat kepada pihak berkuasa supaya perkara macam ni tak terus berulang.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




