Van der Vaart minta maaf kata semua pemain Jepun seakan serupa

Van der Vaart minta maaf kata semua pemain Jepun seakan serupa

London: Bekas pemain Belanda, Rafael van der Vaart memohon maaf selepas mendakwa pemain-pemain Jepun ‘semuanya kelihatan serupa’, satu kenyataan yang mencetuskan kritikan meluas ketika liputan perlawanan antara Belanda menentang Jepun.

Van der Vaart menegaskan bahawa kenyataannya itu tidak mempunyai sebarang niat rasis atau diskriminasi namun mengakui ia boleh disalah tafsir dan menyinggung perasaan ramai pihak.

Dalam permohonan maafnya, beliau berkata beliau ‘begitu kesal’ jika ucapannya menyinggung sesiapa dan memahami bahawa kata-kata boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara dalam konteks berbeza.

Insiden itu berlaku ketika siaran langsung perlawanan apabila Van der Vaart mengkritik aksi pertahanan Micky van de Ven.

Beliau menambah kenyataan yang mencetuskan kontroversi ‘mereka semua kelihatan serupa, mungkin dia tidak perasan.’

Kenyataan itu disusuli suasana janggal di studio sebelum beliau cuba meredakan keadaan dengan mengatakan ia hanyalah ‘gurauan.’

“Ia hanya gurauan. Saya takut untuk mengatakan apa-apa sekarang.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top