Aplikasi solat timbulkan kontroversi

Kota Bharu – Sebuah aplikasi solat menjadi kontroversi dan tular di media sosial hari ini apabila ia dikatakan menjual data lokasi pengguna kepada Amerika Syarikat.

Aplikasi Muslim Pro itu adalah aplikasi peringatan waktu solat dan penunjuk arah kiblat dari Kota Mekah serta bacaan al- Quran dalam talian untuk kemudahan lebih 100 juta penggunanya.

Disebabkan kontroversi itu kebanyakan umat Islam telah memadamkan aplikasi itu dan mula beralih kepada pelbagai aplikasi solat yang lain.

Sebelum ini beberapa kontroversi telah timbul berkaitan aplikasi itu yang dikatakan waktu solatnya kurang tepat.

Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai aplikasi waktu solat tempatan yang lebih tepat berdasarkan waktu solat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan IslamĀ  Malaysia (Jakim) dan boleh dimuat turun melalui stor aplikasi Apple App Store atau Google Play Store.

ZA137/Malay News

National Desk

Scroll to Top