Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menitipkan doa buat seorang kanak-kanak yang bercita-cita menjadi imam selepas tersentuh dengan semangat serta kesungguhannya dalam mendalami peranan tersebut.
Berlakon jadi imam

Menerusi ruangan komen di Threads, Dr Zulkifli meluahkan rasa syukur sambil mendoakan agar kanak-kanak lelaki berkenaan membesar menjadi seorang imam yang mampu membimbing masyarakat ke arah kebaikan.

“Alhamdulillah. Semoga Allah jadikan kamu imam yang membawa manusia dekat kepada-Nya,” ciapannya, semalam.
Selain itu, beliau turut berkongsi sepotong doa khusus buat kanak-kanak tersebut.
“اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ، وَاجْعَلْهُ إِمَامًا لِلْمُتَّقِينَ”
“Ya Allah, fahamkanlah dia tentang agama, ajarkanlah dia ilmu yang benar, dan jadikanlah dia imam bagi orang-orang yang bertakwa,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, tular di media sosial satu perkongsian oleh seorang wanita yang memaparkan minat mendalam anaknya untuk menjadi imam apabila dewasa nanti.
Kanak-kanak itu menarik perhatian ramai apabila menggunakan sebatang straw sebagai mikrofon sambil berlakon menjadi imam dan mengingatkan jemaah supaya merapatkan saf.
Artikel lain: Dr Zulkifli Hasan terima berita dilantik Menteri Agama usai tunai zakat tahunan
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial, malah ramai yang meluahkan rasa gembira apabila ia mendapat perhatian serta komen daripada Dr Zulkifli.
Untung orang soleh doakan

Seronoknya dapat doa dari tuan guru

Angkatlah doa ulamak ini

Sumber: Threads drzulkifli.albakri




