England resah tahap kecergasan Rashford

England resah tahap kecergasan Rashford

Kansas: Status kecergasan pemain sayap, Marcus Rashford menjadi tanda tanya menjelang pertemuan menentang Ghana selepas mengalami ketegangan hamstring.

Pemain sayap Manchester United itu tampil cemerlang sebagai pemain gantian ketika England menang 4-2 ke atas Croatia pada Rabu termasuk menjaringkan gol keempat pasukan.

Namun, pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan mengadu ketegangan pada hamstring selepas perlawanan tersebut.

Rashford tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan bersama pemain simpanan ketika England menewaskan Sporting Kansas City 5-1 apabila semua pemain diberikan cuti sehari untuk bersama keluarga masing-masing di Kansas.

Pemain itu meledak satu gol ketika berdepan Croatia tetapi dilaporkan mengalami ketegangan di bahagian hamstring selepas aksi terbabit.

Pengurus England, Thomas Tuchel berharap kecederaan terbabit tidak serius dan pemain itu boleh kembali menjalani latihan dalam masa terdekat.

England akan berdepan Ghana bagi aksi kedua peringkat kumpulan, awal pagi Rabu nanti dengan Rashford dijangka bersaing untuk tempat dalam kesebelasan utama bersama Anthony Gordon.

Rashford, yang masuk menggantikan Gordon pada minit ke-72, tampil bertenaga dalam aksi separuh masa kedua sebelum melengkapkan perlawanan dengan jaringan.

Itu jaringan ke-19 dalam 73 penampilan antarabangsa dan gol pertama dalam sembilan perlawanan terakhir bersama England.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top