KANGAR: Pasukan futsal kelab bola sepak KSMR Kangar cemerlang apabila layak beraksi pada Grand Final Karnival Futsal Milo 2026, di Kuala Lumpur dijadual pada Julai depan.
KSMR Kangar dibarisi pemain-pemain bawah 15 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi.
Kejayaan layak beraksi di peringkat kebangsaan tersebut selepas keupayaan KSMR Kangar muncul naib juara sempena karnival futsal Milo bawah 16 tahun yang berlangsung di Perlis baru-baru ini.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit, KSMR tewas 2-0 kepada Kota Seputeh dari Kedah menerusi penentuan sepakan penalti.
Perlawanan tersebut berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan seri 1-1 sama kekal sehingga akhir permainan.
Pasukan bimbingan Mohd Hafizal Musa itu akan beraksi di pentas grand final Julai depan dengan misi muncul juara di pentas kebangsaan itu.-UTUSAN




