ISTANBUL – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance membayangkan pada Sabtu bahawa rundingan peringkat tinggi dengan Iran boleh diadakan seawal-awalnya pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan Fox News.
“Kami akan merancang rundingan ini sebaik sahaja wakil utama daripada kerajaan Iran, serta kerajaan Qatar dan Pakistan tiba,” kata Vance kepada Fox News sambil menambah bahawa perkara itu boleh berlaku “seawal esok”.
Beliau berkata, proses seumpama itu “sentiasa dinamik dan boleh berubah”, namun mengesahkan bahawa utusan AS, Jared Kushner dan Steve Witkoff sudah pun berada di lapangan bagi menguruskan “elemen teknikal” rundingan berkenaan.
Vance turut menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa Washington mampu mengekalkan gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa ketika ini, di sebalik sebarang kemungkinan perbezaan dalam pelaksanaan strategik. – Bernama/Anadolu



