KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada Ahad mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua Muda Bahagian Kulai, M Premanand, 53, dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu; Ketua Penerangan Muda Muar, Muhammad Amir Fiqri, 30, di DUN Maharani manakala Setiausaha Agung Muda, Ainie Haziqah Shafii, 36, di DUN Simpang Jeram.
Pengumuman kesemua calon dibuat Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz pada Malam Suara Muda di sini.
Semalam, Amira Aisya mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, pada PRN berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai. – Bernama


