La Roja pesta gol belasah Arab Saudi

La Roja pesta gol belasah Arab Saudi

Atlanta: Sepanyol akhirnya menemui rentak penyudah apabila membelasah Arab Saudi 4-0 dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta, sebentar tadi.

Skuad La Roja yang sebelum ini sekadar seri dengan Cape Verde tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Lamine Yamal menolak masuk hantaran Mikel Oyarzabal pada minit ke-10.

Oyarzabal kemudian mencuri tumpuan apabila meledak dua gol dalam tempoh tiga minit untuk meletakkan Sepanyol selesa mendahului 3-0 sebelum tamat babak pertama.

Arab Saudi terus bergelut untuk menyaingi tempo permainan lawan dan semakin tertekan apabila pertahanan mereka, Hassan Altambakti, tertampan bola ke gawang sendiri pada awal separuh masa kedua.

Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol mengutip empat mata selepas dua perlawanan, manakala Arab Saudi kekal dengan satu mata.

Dua lagi pasukan dalam Kumpulan H iaitu Cape Verde dan Uruguay akan bertemu dalam satu lagi aksi kumpulan di Miami pada jam 6 pagi ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top