Pelakon, Abby Abadi dilihat meluahkan rasa syukur apabila berita mengenai penceraian anaknya, Marissa Dania Hakim telah disahkan oleh mahkamah syariah.
Luah rasa syukur
Menerusi hantaran di Insta Story, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa syukur secara ringkas apabila berkongsi semula hantaran video berkenaan berita tentang penceraian Marissa dan Ahmad Aslam.
“Alhamdlillah,” tulisnya ringkas.

Mahkamah sahkan lafaz cerai
Sebelum ini, Marissa Dania dan Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid disahkan bukan lagi suami isteri selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membuat keputusan berhubung prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk hari ini.

Mahkamah memutuskan hubungan perkahwinan mereka telah berakhir dan kedua-duanya perlu melalui akad nikah baharu sekiranya mahu kembali bersama.
Difahamkan, Aslam sebelum ini didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali sebelum pasangan itu dilaporkan kembali rujuk.
Sumber: Instagram abbyabady_112




