Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengakui sebelum ini dirinya seorang suami yang kedekut terhadap isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Menerusi satu program, Aliff berkata ketika itu dia hanya memberi duit cukup-cukup saja buat isterinya dan menyedari ia menjadi penghalang rezeki dalam hidupnya.
BACA: Aliff Syukri, Shahida Dipuji Bawa 60 Pekerja Tunai Umrah
“Dulu saya kedekut dengan isteri saya. Saya beri duit dekat dia hanya cukup-cukup saja. Jadi bila kita kedekut dengan isteri sebenarnya rezeki pun tertutup,” katanya.
Sementara itu, Aliff turut menitipkan nasihat terutama kepada para suami untuk turut ingat sama dengan ibu bapa mentua serta berkongsi rezeki.
“Tips untuk kita murah rezeki sebenarnya jangan kedekut, walaupun ada mak mentua. Kadang-kadang kita ni dengan ibu sendiri kita beri duit tapi dengan mak mentua kedekut. Mak juga. Tapi kalau saya, tak kisahlah mak atau bapa mentua saya bagi je,” katanya.




